CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 21 April 2010

~ Apabila Lelaki Jatuh Cinta.. ~

 
Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan tulus, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban apa saja untuk kekasihnya. Sekeras apapun hati lelaki, ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.
Namun kadang cinta bisa membutakan mata hati seseorang, begitu pula lelaki. Cinta bukanlah paksaan, bukan juga berarti menguasai. Cinta adalah tulus dan setia.
Ingin tahu tanda-tanda lelaki kalau sedang jatuh cinta berat? Begini katanya….
1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan karena terpaksa.
2. Dia senantiasa ingin menghibur hati kekasihnya kala sedih melanda.
3. Dia selalu menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayanginya.
4. Dia berusaha mengkekang kebebasan kekasihnya karena perasaan cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia senantiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia selalu mengawasi gerak-gerik kekasihnya karena dia senantiasa merasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpahkan seluruh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayaninya lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia kadang suka merajuk kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan merasa sengsara apabila berjauhan dengan kekasihnya terlalu lama.
13. Dia selalu memastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia akan lebih mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya apakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa cintanya lebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan mempedulikan wanita lain apabila tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia coba meluangkan lebih banyak waktu dengan kekasihnya.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19. Jika ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan merasa sangat sedih dan tidak akan percaya lagi dengan cinta wanita lain. Namun dia senantiasa mengharap kekasihnya kembali padanya.
20. Apabila ada orang ketiga, dia akan kehilangan akal sehatnya dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayai dan sanggup menyerahkan harta maupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya. Namun jikalau dia berbuat demikian itu berarti hatinya belum 100 % mencintai kekasihnya.
23. Tidak semua laki-laki sanggup meneteskan airmata hanya untuk seorang wanita. Hargailah…


Dah cukup entu aja dolo'...^_^

0 komentar: